Penglibatan dalam Akademi Fantasia Mohammad_Faizal_bin_Ramly

Faizal diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim keempat bersama Farhan, Haziq, dan Velvet serta Lotter yang diserap masuk pada konsert ke-9. Pada 5 Ogos 2006, beliau menjadi juara Akademi Fantasia musim ke-4 sekaligus mengekalkan tradisi juara Akademi Fantasia dimenangi oleh lelaki, empat musim berturut-turut.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Prelude : "Pelangi Petang" - nyanyian asal oleh Sudirman
  • Konsert Pertama : "Ingin Tahu" - nyanyian asal oleh P. Ramlee
  • Konsert Kedua : "Semalam Yang Hangat" - nyanyian asal oleh Kumpulan Wings, Malaysia
  • Konsert Ketiga : "Blues Terengganu Kita" - nyanyian asal oleh Iklim
  • Konsert Keempat : "Wo!" - nyanyian asal oleh Zahid
  • Konsert Kelima : "Terharu" - nyanyian asal oleh Sweet Charity
  • Konsert Keenam : "Senandung Anak Laut" - nyanyian asal oleh Kembara
  • Konsert Ketujuh : "Dealova" - nyanyian asal oleh Once
  • Konsert Kelapan : "Smells Like Teen Spririt" - nyanyian asal oleh Nirvana
  • Konsert Akhir : "Hujan" - nyanyian asal oleh Sudirman
  • Konsert Akhir : "Lihatlah" - ciptaan oleh M. Nasir dan lirik oleh Loloq